Selasa, 19 April 2011

Manisnya musibah

      Kehidupan ini seumpama mencari pelangi selepas hujan. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak.Kehidupan pun begitu juga, kadang menjadi, kadang tidak. Jika menjadi, kata 'orang untung sabut, timbul', kena banyak-banyak panjatkan kesyukuran pada Yang Memberi. Jika sebaliknya, bak kata orang'untung batu,tenggelam',tetap perlu bersyukur kerana anda adalah antara insan terpilih untuk menerima yang lebih baik.
     Persoalannya sekarang, pastikah anda ada pelangi setiap lepas hujan? Mana pelangi yang di nanti? Kenapa tak muncul jua? Sebenarnya pelangi itu ada di hati. Kita hidup dengan tujuan untuk mengabdikan pada Si Pencipta. Pelangi itu ada dalam solat, dalam zikir, dalam redha dan dalam sabar. Kehidupan di dunia memang sentiasa mengeruhkan. Ubat bagi menjernihkan kekeruhan itu,ubat bagi melegakan sakit itu,ubat bagi menghentikan darah kelukaan itu adalah bila berbalik pada agama. Agama Allah ini sangat luas fahamannya. Walau apapun musibah yang menimpa, berbaliklah pada ajaran Allah s.w.t. Bukan sahaja pelangi, bahkan kita dapat merasakan kemanisannya buah-buah iman. Hati akan tenang,kebahagian akan menjelma,sehingga di sebaliknya kita rasa akan kemanisan musibah itu sendiri.
    Rasullullah Sallallah Alaihi Wassalam pernah bersabda " Dunia adalah penjara bagi orang-orang yang beriman dan syurga bagi orang-orang kafir ". Jika kita benar-benar beriman dengan Nya, memang ada batasan-batasan sebagai umat Islam. Batasan-batasan itulah yang membuatkan kita 'terpenjara' dan disitulah ujian kita. Bila kita berbalik pada Allah, menerima segalanya dengan redha, 'penjara' itu ada di dalam hati. Musibah di ciptakan Allah kerana 3 sebab utama :-
1) Kerana nak menghapus dosa kita yang lalu.
2) Sebagai kifarah atau penebus dosa.
3) Sebagai bala.
Setiap musibah yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah itu Maha Mengetahui. Perkasakan ilmu,iman dan minda kita untuk menggapai kemanisan musibah. adakah tangisan dan air mata sehingga bengkak mata, maka musibah akan pergi? Adakah musibah dan ujian di cipta Allah untuk kita bersedih, meratap, termenung dan berbagai keadaan lagi? Yang tentunya boleh mempengauhi kesihatan, kecerdasan minda, seterusnya membuat kita berputus asa dengan hidup."Life is simple,don't complicate it".

Ahad, 17 April 2011

Aku,OKU dan umrah

      Seakan tak percaya setiap kali menonton azan yang berkemundang dari Mekah. Di hati selalu berdetik rindu,sayu dan pilu,'Ya Allah, aku pernah mengunjungi Tanah SuciMu'. Sebagai seorang yang OKU, kerisauan aku untuk berangkat ke Tanah Suci, lebih 2-3 kali ganda berbanding orang biasa. Masa mengikuti kursus di Andalusia lagi, aku dah ajukan berbagai persoalan dan kerisauan pada pak ustaz. Aku takut sebab mengikutnya jika orang tak ramai di Dataran Kaabah, aku boleh bertawaf di depan Kaabah,tetapi jika orang ramai, aku terpaksa ke tingkat satu untuk bertawaf. Aduh....kalau tingkat satu,bermakna pusingannya akan jauh dan tak mungkin aku boleh mengikut jemaah.Tambahan pula mataku, tak terlalu jelas untuk baca doa di buku.
     Berbagai persoalan,ketakutan,kerisauan bermain-main di fikiranku. Takut tak larat, takut menyusahkan, takut kalau nak ke biik air dan macam-macam takut lagi. Aku terus jgk buat solat hajat,  solat taubat, berdoa agar segalanya di permudahkan. Lagi seminggu aku nak berangkat, aku dapat pinjam kerusi roda kakak aku yang agak kecil. Badan gemuk, kerusi roda kecik, memang menyiksakan..aku 'test drive' dan memang sangat menyiksakan. Hari berangkatku dengan 2 orang kakak, tiba jua. Fikiranku dah sampai Mekah, maka banyak la adegan-adegan lucu macam tak lalu makan,terjadi hari tu. Percakapan ku pun dah berloghat arab la..Aku naik Saudi Airlines.
     Layanan yang sangat memuaskan dari semua paramugari arab tu. Kebetulan masa kami transit di Riyardh,      berlaku satu keajaiban dimana ada 2 bulan yang saling berdekatan,kelihatan dilangit. Aku berdoa tak berhenti-henti. Sampai di Madinah, aku terus ke hotel yang jaraknya cukup dekat dengan Masjid Nabawi. Subhanallah..cantiknya...lebih cantik dari yang di lihat di tv. Cahaya lampunya seolah-olah siang. Lebih cantik dari semua masjid di Malaysia. Kami sampai waktu maghrib. Tapi kerana kesihatan ku, aku tak dapat bersolat di masjd. Aku solat dalam bilik je. Ruginya...Keesokan harinya, seawal jam 2 pagi waktu arab, aku bergegas ke masjid. Ya Allah..aku bersolat subuh berjemaah di Masjid Nabawi.Alhamdulillah...aku menangis tanda syukur dengan limpahan rezekiMu. Hari tu, aku akan menziarahi Perkuburan Baqe', Bukit Uhud, Makam Nabi dn melawat Raudhah.
     Di Perkuburan Baqe',aku menangis lagi. Sayu kerana mereka adalah kerabat-kerabat Rasulullah alaihi wassalam yang amat agung. Masa nak ke Makam Nabi dan Raudhah,aku rasa pelik sebab ada sorg polis wanita arab tu, macam kenal aku. Aku berkesempatan untuk bersolat hajat dan taubat di Raudhah dengan pertolongan polis tu. Di sebabkan, ramai sangat orang, tambahan ada kerja-kerja pembaikan didalam masjid, maka aku tak berpeluang untuk ke Makam Nabi namun selawat dan salam ku titipkan untuk Baginda dan sahabat baik baginda sekelian.Masa untuk menziarahi Bukit Uhud. Ada sedikit kemalangan berlaku pada aku     sehingga bengkak besar pada pergelangan kaki. Aku jatuh dalam bas masa nak turun tangga. Rasanya macam kakiku patah sebab sakitnya,fuh..Tuhan je yang tau..hampir menangis jugak la...jemaah aku semua ke Bukit Uhud tapi aku mengaduh kesakitan,mujurla seorg dari kakak aku pandai mengurut. Ya Allah...jika ini kifarah dariMu, ampunkan aku..
     Pelik juga sebab sungguhpun kaki ku bengkak sebesar kaki unta, aku tak terlalu merasakan kesakitannya. Aku perbanyakkan lagi solat taubat. Bila di Mekah, tak banyak kesukaran yang aku tempuhi. seolah-olah aku sihat je,walau cuaca panas sehingga 55C. Bila berkesempatan untuk berdoa di Multazam atau tempat mustajab berdoa, aku berdoa dengan linangan air mata, minta supaya di beri roh yang baru mengganti roh lamaku yang pincang. Aku mandi air zamzam sepuasnya di depan Kaabah. Air mata sentiasa berlnangan kerana rasa tak percaya pada Kaabah yang berada di depanku, masih ada.Semua kerisauan dan ketakutanku, hilang macam tu je bila di setiap penjuru Masjidil Haram, ada terdapat kerusi roda tambahan lagi dengan laluan-laluan untuk yang berkerusi roda. Kerusi roda aku yang kecil, rupa-rupanya, di Mekah ni,pintu lif dan pintu bilik hotel, muat-muat je. Taulah aku, memang ada kemudahan di sebalik kepahitan.

Mukjizat Al-Quran.




NASI LEMAK KOPI O - 08042011 (GANGGUAN SIHIR)
 TERIMA KASIH :))

Ada apa dengan OKU?

    Aku bukan di lahirkan sebagai OKU.Aku sihat je,berkawad,menari,panjat gunung,sehinggalah pada usia aku 29 nk masuk 30,tiba-tiba aku demam dan di sahkan mengidap sejenis penyakit keturunan iaitu CEREBBLLAR ATROPHY.Ini tergolong dalam penyakit saraf.
    Dulu masa mula-mula sakit, aku boleh berjalan walaupun macam 'india mabuk todi'.  Sampai satu masa, lepas banyak perkara yang terjadi, aku pun mula rasa statistik aku makin merosot.  Memang masa mula-mula dulu, sekitar tahun 2004-2008, aku pernah tertanya-tanya kenapa aku jadi OKU macam ni? Apa dosa aku sampai Tuhan buat aku begini? Aku salahkan takdir, salahkan diri, salahkan semua orang atas apa yang terjadi.
    Tapi, dalam pada tu, aku berusaha untuk kembali mengenal diri, mencari apa yang hilang dari dalam diri dan berusaha mencari tujuan musibah di cipta Tuhan.Dalam usaha pencarianku, Allah menjemput aku menjadi tetamunya pada 2009. Aku mengerjakan umrah dengan d temani kakak-kakak yang tersayang. Sepanjang aku kat sana, memang aku lupa aku ni OKU.  Besarnya rahmatNya, aku kembali ke Malaysia sebagai 'orang baru'.Alhamdulillah.Aku dapat rasa kehebatanNya bila persepsi aku tentang kehidupan, mula berubah sikit demi sikit.
   Sekarang, aku bersyukur alhamdulillah,dengan izin, dengan rahmat dan kasih sayangNya, aku dapat melalui apa sahaja yang terjadi dengan redha.OKU bukan lagi kekurangan yang harus aku tangisi, OKU bukannya penghalang untuk aku bercampur dengan masyarakat. Malah OKU adalah satu anugerah istimewa, satu kelebihan tersendiri yang orang lain tak de.

MY FAMILYYY :)))

   
LOVEYOY ALL !!


INI LAH FAMILY SAYA :)

rohayati baharin story

assalamualaikum semua . saya rohayati baharin :)