Semangat yang kental,yang kuat dengan hati yang penuh muhasabah amat perlu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Kesabaran,ketekunan dan besederhanaan dalam apa jua keadaan,akan sentiasa membuatkan kita khusyuk dan bersunggguh-sungguh dalam mencari rahmat Ilahi.Dulu,pernah aku menangis teresak-esak kerana bacaan Quranku umpama 'muallaf' yang baru mengenali Islam.Tapi kerana kasih sayang Allah jua rahmatNya,sekarang aku tiada masalah lagi unuk membaca Al-Quran.
Pengembaraan ku penuh liku dan onak berduri.Tapi apa yang hendak dikira pada duri di sepanjang pengembaraan kerana duri itulah yang membuatkan aku berusaha mencari 'kasut' yang tebal lagi baik.Hidup memang begitu.Dimana-mana saja ada duri,ada onak,ada ribut.Kita mesti menguatkan semangat agar mudah mendapatkan hidayah Tuhan.
Pertama-tamanya, kita perlu sedar akan hakikat dan konsep ujian dan dugaan Tuhan.Jadikan musibah itu cabaran yang menguji keimanan dan kesabaran.Banyakkan membaca dan jadilah 'kaki buku' apabila membeli belah.Beli dan bacalah kerana dengan ilmu,lebih senang kita fokuskan matlamat kita.Jangan lupa solat,berdoa,berzikir membaca Al-Quran agar hati menjadi tenang dengannya.
Keduanya, jaga pemakanan,jaga percakapan,jaga pendengaran kita.Jaga kesemua deria dan anggota jasad kita.Makan benda-benda yang bersih,halal dan memang 100% buatan orang Islam.Hindari makanan yang syubhah atau was-was.Berusaha untuk mengawal nafsu samada nafsu makan,tidur atau apapun.Cari waktu untuk bermuhasabah dan merenung semua dosa-dosa kita yang lalu.Beristighafar dan banyakkan zikir.
Ketiga,jadikan Al-Quran bacaan harian selain buku-buku lain bagi membangkitkan semangat dalaman kita.Bukan setakat membaca.Beramallah dengannya.Fahami maknanya,selami hatinya.Tak kenal maka tak cinta kan,jadi belajar menyintai Al-Quran.Terlalu banyak mukjizat Al-Quran yang sukar untuk di kaji.
Kita juga perlu redha dengan redha yang terhebat,sabar dengan sabar yang terbaik.Belajar untuk memaafkan.Belajar untuk menerima takdir,qada' dan qadar serta ketentuanNya.Jika kita punya niat yang kuat untuk berubah kearah kebaikan,iman dan taqwa,maka berusahalah.Usaha dan rezeki terdapat dalam pelbagai cara dan bentuk.Semoga kita semua berjaya dengan pengembaraan iman yang amat menguji ini.Wallahualam.