Kehidupan ini seumpama mencari pelangi selepas hujan. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak.Kehidupan pun begitu juga, kadang menjadi, kadang tidak. Jika menjadi, kata 'orang untung sabut, timbul', kena banyak-banyak panjatkan kesyukuran pada Yang Memberi. Jika sebaliknya, bak kata orang'untung batu,tenggelam',tetap perlu bersyukur kerana anda adalah antara insan terpilih untuk menerima yang lebih baik.
Persoalannya sekarang, pastikah anda ada pelangi setiap lepas hujan? Mana pelangi yang di nanti? Kenapa tak muncul jua? Sebenarnya pelangi itu ada di hati. Kita hidup dengan tujuan untuk mengabdikan pada Si Pencipta. Pelangi itu ada dalam solat, dalam zikir, dalam redha dan dalam sabar. Kehidupan di dunia memang sentiasa mengeruhkan. Ubat bagi menjernihkan kekeruhan itu,ubat bagi melegakan sakit itu,ubat bagi menghentikan darah kelukaan itu adalah bila berbalik pada agama. Agama Allah ini sangat luas fahamannya. Walau apapun musibah yang menimpa, berbaliklah pada ajaran Allah s.w.t. Bukan sahaja pelangi, bahkan kita dapat merasakan kemanisannya buah-buah iman. Hati akan tenang,kebahagian akan menjelma,sehingga di sebaliknya kita rasa akan kemanisan musibah itu sendiri.
Rasullullah Sallallah Alaihi Wassalam pernah bersabda " Dunia adalah penjara bagi orang-orang yang beriman dan syurga bagi orang-orang kafir ". Jika kita benar-benar beriman dengan Nya, memang ada batasan-batasan sebagai umat Islam. Batasan-batasan itulah yang membuatkan kita 'terpenjara' dan disitulah ujian kita. Bila kita berbalik pada Allah, menerima segalanya dengan redha, 'penjara' itu ada di dalam hati. Musibah di ciptakan Allah kerana 3 sebab utama :-
1) Kerana nak menghapus dosa kita yang lalu.
2) Sebagai kifarah atau penebus dosa.
3) Sebagai bala.
Setiap musibah yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah itu Maha Mengetahui. Perkasakan ilmu,iman dan minda kita untuk menggapai kemanisan musibah. adakah tangisan dan air mata sehingga bengkak mata, maka musibah akan pergi? Adakah musibah dan ujian di cipta Allah untuk kita bersedih, meratap, termenung dan berbagai keadaan lagi? Yang tentunya boleh mempengauhi kesihatan, kecerdasan minda, seterusnya membuat kita berputus asa dengan hidup."Life is simple,don't complicate it".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan