Dulu masa mula-mula sakit, aku boleh berjalan walaupun macam 'india mabuk todi'. Sampai satu masa, lepas banyak perkara yang terjadi, aku pun mula rasa statistik aku makin merosot. Memang masa mula-mula dulu, sekitar tahun 2004-2008, aku pernah tertanya-tanya kenapa aku jadi OKU macam ni? Apa dosa aku sampai Tuhan buat aku begini? Aku salahkan takdir, salahkan diri, salahkan semua orang atas apa yang terjadi.
Tapi, dalam pada tu, aku berusaha untuk kembali mengenal diri, mencari apa yang hilang dari dalam diri dan berusaha mencari tujuan musibah di cipta Tuhan.Dalam usaha pencarianku, Allah menjemput aku menjadi tetamunya pada 2009. Aku mengerjakan umrah dengan d temani kakak-kakak yang tersayang. Sepanjang aku kat sana, memang aku lupa aku ni OKU. Besarnya rahmatNya, aku kembali ke Malaysia sebagai 'orang baru'.Alhamdulillah.Aku dapat rasa kehebatanNya bila persepsi aku tentang kehidupan, mula berubah sikit demi sikit.
Sekarang, aku bersyukur alhamdulillah,dengan izin, dengan rahmat dan kasih sayangNya, aku dapat melalui apa sahaja yang terjadi dengan redha.OKU bukan lagi kekurangan yang harus aku tangisi, OKU bukannya penghalang untuk aku bercampur dengan masyarakat. Malah OKU adalah satu anugerah istimewa, satu kelebihan tersendiri yang orang lain tak de.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan