Ahad, 31 Julai 2011

Wasiat bonda untuk anak-anak tersayang...

    Wahai anak-anak bonda sekelian..tiada harapan dan impian yang tinggi yang bonda dambakan untuk kalian selain menjadi dari anak-anak yang terbaik dunia akhirat.Jangan kalian leka dengan arus teknologi dan kemodenan.Jangan kalian terlalu obses dengan duniawi.Seimbangkan apapun hala tuju kalian.Bonda sentiasa mendoakan kebaikan,kebahagiaan,kejayaan dan kemenangan kalian di dunia dan akhirat.
    Wahai anak-anak bonda yang tersayang...tiada wang berjuta,harta bertimbun yang bonda tinggalkan untuk kalian.Hanya ilmu,kasih sayang dan keperitan..Maafkan bonda..Manusia memang di pandang mulia di dunia bila dia meningalkan harta yang banyak,meninggalkan pangkat yang di warisi sanak saudara..tapi bukan itu yang ingin bonda berikan...
     Wahai anak-anak bonda yang tersayang...bonda ingin mewariskan kekuatan,kesabaran dan ketabahan..bonda ingin mewariska iman,taqwa dan kecekalan..tapi bonda tau,semua nya bukan mudah kan...biarlah satu dunia menghina,mencaci kita kerana kemiskinan,kerana kehidupan kita yang serba bermasaalah ini,tapi ingatlah..Allah sentiasa menerima kita seada-adaNya.
     Wahai anak-anak bonda yang tersayang...kehidupan buat bonda sedar tentang betapa perlunya kita untuk melihat semua ini dengan lebih positif dan terbuka.Buat anjakan paradigma dan carilah ilmu sebanyak mungkin.Jangan lupa solat yang khusyuk kerana solat yang baik boleh mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar..Tegakkan tiang solat sebelum kalian nak menegakkan lain-lain tiang.
     Wahai anak-anak bonda yang tersayang...jangan bersedih...Allah amat sayangkan kita..itu sebab Dia beri semua ini pada kita..Berdoalah untuk yang terbaik...sedekahkan bonda dengan bacaan Yassin...beri bonda kedamaian...semoga kalian di berkati dan sentiasa dalam peliharaanNya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan