Jumaat, 6 Mei 2011

RAHMAT DI SEBALIK DUGAAN

Hidup adalah sebuah pentas drama yang luas. Umpama pepasir pantai yang sentiasa di pukul badai. Umpama pepohonan yang terbuai-buai ditiup angin, lesu,letih,berubah-ubah walaupun tidak kelihatan pada pandangan mata kasar. Kehidupan yang fana ini buat aku menginsafi diri. Buat hati ini bergetar pilu dan sayu. Fana kerana tak kelihatan di mata tapi amat mencengkam hati dan perasaan.
Dulu,pernah aku cuba untuk membunuh saja diri dan hati ini,lantaran kepedihan dan kelukaan yang tak tertanggung dek badan yan sakit ini. Tapi kerana iman,takutkan azab,aku lupakan saja semua kerja bodoh tu. Aku rimas,bosan,dengan perasaan sendiri. Itulah dugaan hidup...aku redha akhirnya.
Bunuh diri,lari atau terus mengurung diri,bukan jalannya...Aku perlu harungi,aku perlu selusuri denai yang penuh duri itu.Aku perlu belajar untuk menerima hakikat yang aku sekarang OKU dan ibu tunggal..Aduh...berat mata memandang,berat lagi kaki,bahu,tanganku yang mengendong.Aku pasrah ya Allah..
Hari-hariku dipenuhi dengan tangisan,kepedihan dan kehampaan. Semuanya hilang,harapanku hancur bak kaca terhempas ke batu.Aku benar-benar di 'perut bumi'. Ku panjatkan doa dalam hati yang penuh syahdu.Merintih agar Allah mengasihani  aku. Aku jadi pemurung tapi dalam masa yang sama pemarah. Marah pada takdir yang menyebabkan aku begini.
Aku ingat lagi,pernah aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Ku sangka aku mengidap darah tinggi kerana rasa sakit dan sengal yang amat sangat di sekitar bahu,tapi bila saja doktor tu bertanya mengenai kemurungan,aku terus menangis teresak-esak,sehinggakan doktor yang merawatku bingung dan panik.
Semuanya sekarang umpama mimpi yang menakutkan tidur malam ku. Aku sedar,bertambah laju larianku,bertambah pantas masalah itu mengejar.Suatu hikmah yang sangat manis,bila sahaja kita sedar tentang keburukan diri adalah bila kita merasakan kemanisan dalam kepahitan.
Buku-buku ugama,motivasi memang menjadi keutamaan apabila berkesempatan membeli-belah.Ada satu buku yang sangat memotivaikan perasaan.Bergetar hati membacanya.Sayu dan pilu menghafalnya.Al-Quran Nurkarim teman setiap hari.Banyak ilmu yang tersingkap apabila kita benar-benar beramal dengannya.
Semuanya dengan izin Allah jua. Percaya dan yakin bahawa Dia sentiasa mendengar rintihan dan keluhan kita.Mukjizat Al-Quran memang tiada tandingan dan bandingan.Apabila kita dapat merasa khuyuknya,manisnya,sayu dan sentiasa merasa diri ini hamba pada Yang Maha Mencipta,itulah sebenarnya rahmat yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.Wassalam..